Empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz ( ~ kurang enam tahun ) kena banyak bergurau dan membelai dengan kasih sayang .

Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh( ~ 14 tahun) hendaklah dididik dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.